Wednesday, March 13, 2024

Blended Coaching Sebagai Satu Model dan Strategi Membangunkan Kompetensi Kepimpinan Sekolah

Model Blended Coaching adalah antara model coaching yang paling awal yang dibangunkan khas untuk membangunkan kepemimpinan pengetua dan guru besar di sekolah. Ia dibangunkan oleh Gary Bloom, Claire Castagna, Ellen Moir dan Betsy Warren (Bloom et al, 2005) yang menggariskan kemahiran-kemahiran dan tingkah laku yang mesti ada dan diamalkan oleh seorang coach ketika membuat bimbingan. Ia merupakan strategi yang dinamis, lebih selesa dan rasional untuk coach mengamalkannya. Namun, ia hanya boleh dipraktikkan dengan disiplin dan usaha yang bersungguh-sungguh (Bloom et al. 2005). Kemahiran-kemahiran yang dikenalpasti oleh Bloom yang mesti ada pada setiap coach ialah ; Membina hubungan, mendengar, memerhati, memberi soalan, dan memberi maklum balas. Dalam Model Blended Coaching ini, coach boleh menggunakan mana-mana strategi bimbingan yang dikenalpasti dan coach boleh mencampuradukkan strategi-strategi itu bersesuaian dan bergantung kepada keperluan dan tahap kepakaran coachee. Terdapat empat kaedah bimbingan yang terkandung dalam model ini iaitu; (1) Bimbingan Instruksional, (2) Bimbingan Konsultatif (3)Bimbingan Kolaboratif, (4) Bimbingan Transformasional dan  (5) Bimbingan Fasilitatif,  ; digambarkan dalam gambarajh 4 di bawah.


Friday, March 08, 2024

Ucapan Selamat kembali Ke Sekolah Bagi Sesi Persekolahan 2024/2025



Assalamualaikum dan salam Sejahtera, Salam Pendidikan Tangkak Perkasa, Gemilang Tangkak 5. Kepada warga pendidikan tangkak yang dihormati, dan semua pelajar yang dikasihi. Dengan sukacitanya dan dengan penuh kesyukuran kepada yang maha esa, saya mengambil kesempatan ini ini untuk menyampaikan sepatah dua ucapan sempena pembukaan sesi persekolahan  baru ini. 

Aspirasi Pendidikan "MAJU JOHOR" ; Johor Tetap Johor dan Johor LEADS.

Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan satu naratif daripada saya selaku PPD dalam  memberikan suatu tanggapan umum tentang aspirasi pendidikan “MAJU JOHOR” yang menjadi asas kepada hala tuju pendidikan johor di bawah kepimpinan Pengarah Pendidikan Johor yang baharu Tuan Haji Mohd Hanafi  bin Samad.  Penulisan ini diharapkan dapat memberikan satu pandangan tentang apa dan bagaimana kita selaku pegawai perkhidmatan pendidikan, sama ada berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah mahupun di sekolah bereaksi, bertindak balas serta mengambil langkah-langkah proaktif dan produktif bagi memastikan aspirasi dan hala tuju pendidikan Johor ini dapat dilaksanakan serta disambut baik oleh warga pendidikan di peringkat yang paling dasar iaitu di sekolah.

Saturday, February 24, 2024

Karamah Insaniah Dari Perspektif Malaysia Madani; Peranan Kepimpinan Pendidikan

Oleh;

AZMAN BIN SAFII

Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak


Tulisan ini adalah disesuaikan dari ucapan saya sempena Perhimpunan Profesionalisme Pendidikan Bil. 2/2024 Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak pada 25 Februari 2024. Terima kasih saya ucapkan kepada YBhg Dato Amin Senin, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Sesi 2023-2025.kerana pemahaman saya berkaitan dasar-dasar dan isu-isu pendidikan diperolehi dari ucapan-ucapan dan penjelasan beliau dalam seminar dan kolokium.



Saya cuba untuk menguhuraikan bagaimana untuk memberikan input tambahan untuk kita memahami Karamah Insaniah dari perspektif Malaysia Madani dan bagaimana kita boleh apply dalam pendidikan sama ada  di PPD mahupun di sekolah. Tulisan ini hanyalah dari satu perspektif agar apa juga dasar dan ketetapan negara, kita perlu sambut dalam konteks pendidikan. Apa yang saya nak cuba kongsikan ini adalah bagaimana kita melihat Malaysia Madani dan Karamah Insaniah dalam satu perspektif big picture dalam kerangka pendidikan. 

Thursday, February 15, 2024

Teks Ucapan Majlis Apresiasi Pendidikan Khas khas PPD Tangkak 2024

Terima kasih kepada pengacara majlis. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Salam pendidikan tangkak Perkasa- Gemilang Tangkak Lima.

YDH, EN NORIZAN BIN AZALI, wakil rasmi Yang Berhormat Hajjah Khairin Nisa binti Ismail Ahli Dewan Undangan Negeri , Serom. Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.   

Yang Dihormati Cikgu Mohd Zaki bin Abdullah, Guru Besar SK Parit Bunga Selaku Pengerusi Majlis Permuafakatan, Pendidikan Khas Daerah Tangkak, Pengerusi Pengelola Program Apresiasi Pendidikan Khas Daerah Tangkak

Yang Dihormati, Cikgu Azhar Ahzam bin Ismail. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abdullah, selaku Naib Pengerusi Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas Daerah Tangkak.

Yang Dihormati cikgu Norhayati binti Mahabat dan cikgu Ahmad Hafizu Fahmi bin Alias, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak

Pengetua dan Guru Besar atau wakilnya, Sekolah2 Menengah dan Rendah Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah Tangkak

Yang Diraikan para penerima sijil apresiasi sesi 2023/2024, Guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid, ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan yang dimulakan Allah sekalian.

TERIMA KASIH & PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola Majlis Apresiasi Pendidkan Khas Daerah Tangkak 2023/2024 yang telah berganding bahu menyumbang idea, tenaga, masa dan wang ringgit untuk menjayakan majlis pada hari ini. Dengan perancangan yang teliti, penglibatan dan kerjasama semua pihak, Insha Allah majlis pada hari ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.

AKSES KEPADA PENDIDIKAN

Hadirin yang dihormati sekalian,  penganjuran program ini adalah satu bukti bahawa dalam pendidikan tiada seorangpun anak-anak murid akan terpinggir dan dinafikan akses kepada pendidikan. Peluang dan akses pendidikan diberikan kepada semua secara adil dan saksama dan dibezakan berdasarkan keadaan fizikal, tahap intelek, jantina, geografi, status ekonomi, agama, kaum dan sebagainya.

Ini merupakan satu komitmen di peringkat KPM, JPN dan PPD usaha untuk membangunan murid secara holistik dan seimbang tanpa disempadani oleh apa jua perbezaan keupayaan murid itu sendiri. Tanggungjawab ini difahami dan dipikul oleh warga pendidikan, dengan cara memberi perkhidmatan yang terbaik, dengan kualiti dikompromikan, bahkan untuk pendidikan khas dilebihkan dengan adanya PPPM, guru dengan spesifikasi khas, elaun untuk guru, kemudahan dan peruntukan khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak murid.

PENDIDIKAN KHAS DAN CABARAN VUCA

Murid-murid pendidikan khas menghadapi cabaran yang sama dengan murid arus perdana dalam mendepani cabaran masa kini yang sering berubah, ubah, penuh dengan Ketidakpastian, penuh dengan kesamaran pada era globalisasi dan pendigitalan. Dalam era globalisasi ini, murid-murid pendidikan khas perlu dibekalkan dan diberi dorongan agar mereka mampu untuk berdikari dan menentukan halatuju masa hadapannya sendiri. Pada jiwa mereka perlu ditanam dengan semangat dan jati diri yang tinggi serta kental supaya dapat menghadapi pelbagai cabaran baru dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah-ubah.

HARAPAN NEGARA

Ini adalah bertepatan dengan hasrat KPM bagi memastikan murid-murid berkeperluan khas dapat dibangunkan bersama-sama dengan murid-murid dari arus perdana yang lain untuk menyumbang ke arah pembangunan dan kemakmuran negara. Murid berkeperluan khas ini juga berfungsi sebagai individu yang berdikari dan berjaya dalam kehidupan serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

HARAPAN PPD

Harapan saya agar semua murid dan warga Pendidikan Khas sentiasa bekerja keras bagi memastikan anda sentiasa merebut peluang, manfaatkan kesempatan semasa di alam persekolahan..kerana sekolah adalah medan latihan di mana ilmu dicurahkan, kemahiran diterapkan dan sikap dihalatujukan bagaimana mengharungi kehidupan pada masa hadapan.

Berusahalah untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun bidang-bidang lain tanpa melupakan rahsia terpenting bagaimana anak-anak sekalian dapat mempamer sahsiah terpuji dengan disiplin diri yang tinggi kerana tanpanya umpama kita di perahu tanpa ada pendayung untuk kita mudik disungai dengan arus yang mematikan. Disiplin diri dan akhlak yang baik mampu memastikan kecemerlangan warga Pendidikan Khas.

Kepada graduan yang diraikan, gunakan segala ilmu, kemahiran dan teruslah berusaha sehingga mencapai kejayaan setinggi mungkin. Ramai anak-anak pendidikan khas yang telah berjaya dalam hidup. Jangan jadikan kelainan upaya sebagai kekurangan yang menjadi halangan untuk mencapai peluang yang lebih baik.

Saya berharap agar Majlis Apresiasi Pendidikan Daerah Tangkak 2023/2024 yang telah diatur merupakan satu usaha yang berterusan bagi menyemarakkan semangat dan memberi motivasi kepada murid-murid berkeperluan khas yang lain. Semoga mereka akan dapat mencipta pelbagai kejayaan bagi diri sendiri dan juga sekolah dalam apa jua bidang yang diceburi. Diharapkan majlis ini dapat diteruskan sebagai satu tradisi untuk memberi pengiktirafan di atas kejayaan murid-murid pendidikan khas yang lain.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya pada semua para graduan. Harapan kami, semoga kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak akan berterusan bagi merialisasikan perancangan dan maklamat murni ke arah mencapai keunggulan.

Sekian, saya sudahi dengan wabillahhitaufikwalhidayah, wassalammualikum warahmatullahhiwabarakatuh. Terima kasih.

Artikel Popular